Friday, December 3, 2010

Jeritan Geram & Marah


"Mood tak baik hari ini!"

Hari-hari biasa yang selalu aku lalui setiap hari, pagi-petang-malam. Kerja di pejabat tidaklah banyak untuk hari ini cuma kena berkemas-kemas kerana nak berpindah semula ke bangunan ABC kat Bukit Jalil setelah kerja pengubahsuaian siap ("Akihirnya"). Hampir 3 bulan aku berkampung di Mines dan kini tiba masanya sirih pulang ke gangang dengan tempat baru yang ala-ala macam filem Saigon;siap ada buluh kat office n serba biru. Nasib baik kotak-kotak dokumen lama tak di buka dan hanya letak kat store. Senang label dan terus angkat by mover.

Lepas kemas, kena gi masuk meeting 3 dalam satu; very milo. AF, Konsert Ria dan Famili Sarjanah bagai menawarkan pelbagai kerja untuk di isi oleh aku dan memeber-member lain... dan seperti biasa kena bincang perkara-pekara dari yang remeh, penting, yang mengarut di selitkan dengan gossip dan ada tapau homework lak... hmmm apa lagi kena buat lah. Sabtu & Ahadku untuk ASTRO. :)

Lepas jer meeting habis, satu gi lagi meeting kat area Mont Kiara... nun jin bertendang tempatnya dan balik rumah dengan jalan jam... 45minit baru sampai Astana ku.


Ni kisah di rumah pulak....

Bukak email, balas email, FB, bayar bill, buat kerja, tengok tv, balas sms, call sana sini... tiba-tiba rasa stress sangat tahap dewa. Rasa bosan sangat macam nak pecah rasanya jiwa ini. Geram bercampur marah campur penat, campur fade-up,eeeerrrhhhhh geramnya aku.

Aku marah pada kerja! marah pada dia! marah pada org tua nie! semuanya aku marah. Aduh... rasa nak gi jauh dari sini tinggalkan semua ini. Tak nak fikir kerja, duit, semua tak payah fikir. Terasa nak nangis tapi bodohlah nangis tuk apa. Geram dan Marah pada zaman lalu yang aku harus buang jauh tetapi masih memanggil-manggil ke arah aku dan tak mahu pergi jauh. Frust tertonggeng rasanya dengan mood aku hari ini.

Kalau boleh nak hantuk kepala kat dinding pasti sakit! nak cucuk kepala ini dengan garfu pasti berdarah... aduh... semuanya serba tak kena. SAKIT HATI SANGAT!!!!

Thursday, December 2, 2010

I wanna be a billionaire


I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire




Yeah I would have a show like Oprah
I would be the host of, everyday Christmas
Give Travie a wish list
I’d probably pull an Angelina and Brad Pitt
And adopt a bunch of babies that ain’t never had sh-t
Give away a few Mercedes like here lady have this
And last but not least grant somebody their last wish
Its been a couple months since I’ve single so

You can call me Travie Claus minus the Ho Ho
Get it, hehe, I’d probably visit where Katrina hit
And damn sure do a lot more than FEMA did
Yeah can’t forget about me stupid
Everywhere I go Imma have my own theme music

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire

I’ll be playing basketball with the President
Dunking on his delegates
Then I’ll compliment him on his political etiquette
Toss a couple milli in the air just for the heck of it
But keep the fives, twentys (?) completely separate
And yeah I’ll be in a whole new tax bracket
We in recession but let me take a crack at it
I’ll probably take whatevers left and just split it up
So everybody that I love can have a couple bucks
And not a single tummy around me would know what hungry was
Eating good sleeping soundly
I know we all have a similar dream
Go in your pocket pull out your wallet
And put it in the air and sing

I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

I wanna be a billionaire so frickin bad!

Wednesday, December 1, 2010

ketuklah hati, bukalah jiwa... jangan dipersiakan

Luahan hati bila ia mula rekah berbelah dua menjadikan emosi ragu-ragu timbul.

"Sejak kebelakangan ini hati yang satu terbelah menjadi dua. 2 hati itu berbisik, meraungkan kebimbangan. Dulu, ia pernah berkata. Hati yang di sentuh akan jitu menjadi satu; menjadi merah dengan segala yang indah harapan dari yang menyayangi hati ini. Hati yang lemah tercari-cari erti sebuah kehidupan diberikan nafas harapan, nafas jiwa, nafas cinta untuk kuat berdegup mewarnai hari-hari indah. Namun ia di calar kepercayaan, di dera dengan kesengsaraan dan di hiris luka dalam merobek hati yang satu ketika mekar dalam taman"


Serangkap kisah mengimbau kenangan mendung berlagu pilu. Segalanya kelabu bagiku. Segalanyaa perit untuk di lalui. Kesannya hingga kini.



Hari berganti hari, matahari terbit terbenam berkali-kali dan aku bangun meredah kepahitan belajar daripada rekahan lalu. Ku kuburkan jiwa yang luka sengsara akibat pemainan perasaan.

Dalam kesibukan masa, pintu di ketuk lagi. Tidak pernah ku pelawa namun ada yang mengetuk mengharap kubuka pintu itu. Panjang ku merenung, jauh telah ku pergi, dalam aku mengungkai dan aku tabah membukanya lagi. Hati yang ku balut lukanya semakin pulih kini. Jiwa yang kosong di isikan semula dengan bunga-bunga segar yang di petik dari taman-taman cinta yang mekar dari sebuah harapan yang baru.

Mulai hidup dengan segar bak di siram air mawar semerbak harumnya. Namun hasilnya semakin menghilang kini. Haruman mula di tiup angin, bunga yang segar semakin kurang mendapat sinarnya.

Bukan salah siapa namun salah jiwa yang mula memesong mempersoalkan banyak perkara. Hidup dan mati, benar dan karut, betul dan salah... bagai satu teka teki yang perlu di ungkai dengan mata tertutup bergerak mencari arah.

Hati ini mula berbagi 2.

Rekah untuk terus rekah atau rekah untuk terus kembali pulih. Harapan yang menggunung tinggi menjadi bukit, menjadi rendah dan rata. Hati yang mekar di biarkan layu tanpa di siram dengan haruman mawar. Alasan pelbagai alasan yang nyata sabar menjadi kunci utama. Harapan yang di buka luas menjadi sempit kini kerana ada yang mempersiakannya.

"sebuah kisah cerita hati yang terpendam memikirkan nasibnya sama ada terus kekal mekar atau layu dan berkubur menjadi nesan sebuah kenangan abadi"

Chinta




Sepanjang harapan menjadi pudar
Sepanjang chita begitu berchalar
Dari musim ke musim tiada bersinar
Seluruh ketentuan direka dalam diri muka berpinar

Pernah dada menyimpan seribu harapan
Pernah hati berlagu musim yang chemerlang
Dada menjadi bara dan hati jadi Chuka
Di bumi ini ada dada berachun bisa

Kami bukan kapitalis yang menchengkam hidup manusia
Kami bukan shaitan yang membina dosa
Kami bukan pahlawan yang berpura kerana binatang di dada
Kami ialah kami yang punya chita tinggi tegak di bumi bunda

Pada ke pahitan yang menimpa diri sendiri
Pada penekanan yang membelengu diri
Tambah penuh tekad kami berjuang bagi
Tambah chemerlang ke garis muka tabah berani

Sekali kami ke muka pasti dada berbara
Sekali kami berchita terus mengkota chita

Tahun: 1959 (Buku Chatatan)
Nukilan: Mokhtar Yassin
Pengajian: Sekolah Melayu Maktab Perguruan Tanjung Malim
Pekerjaan: Guru