Sunday, August 28, 2011

Raya tahun ini tidak seperi tahun sebelumnya...



Kenapa? Aku bertanya pada diri sendiri. Sebab tahun ini aku kembali dalam kedaan dulu kala. Tiada sebarang komitmen yang akhirnya membuatkan aku rungsing sentiasa. Beberapa pekara yang kembali semula dalam kedaan dulu kala...

  1. Mak aku dah tak tinggal dengan aku lagi jadi dia beraya kat rumah kakak aku yang tak jauh dari sini (kurang daripada 1km jer)
  2. Tiada lagi komitmen cinta hehehehe... dulu ada menarik dan sekarang solo juga menarik walaupun sukar tapi... NAJIB "KUATKAN DIRI" Being alone its ok...
  3. Macam biasa raya tahun ini siapkan rumah cantik... yalah setahun sekali jer kemas rumah.

Mengenai mak aku... dia happy jer ngan kakak aku sebab kalau ngan aku mesti banyak yang kena bebel... maklumlah aku ni over sikit....

mengenai cinta... hmm... heran... bila aku putus pada awal tahun ini semuanya macam ada tak kena but i survive... tapi banyak pengalaman yang aku tempuhi selepas putus itu dan aku rasa tuhan itu maha adil. Pengalaman yang aku lalui di bayar cash! padan muka aku kan. But sekarang ni pulak tetiba ada pulak orang yang nak mengurat. Masalahnya tunang orang pulak tue. huhuhuhu tak mau main api... Bak kata Nabi haram kita bercinta dengan tunang orang... then aku putuskan untuk sendiri dulu... cool... tak apalah nak buat cam mana kan. cinta pertama tue dah tak dengar cerita pasal si dia. Yang ke dua dan tak jadi gak.... hmmm... pelik... but i still sayang dia but... macam nak rujuk semula, macam tak, macam kena skodeng jer, macam mana nak cerita ek! but aku ok lah chill. Tak mau fikir yang bukan-bukan.



pasal rumah... tahun ni banyak yang aku buat... jahit langsir, jahit bantal, sarung bantal, jahit manik baju orang, tukar sana, tukar sini, kemas almari baju, ish banyak bendalah. but enjoylah sebab rasanya aktif dan boleh lupa macam-macam benda.

Rasa teruja pulak bila tulis blog nie sebab rasanya dah lama tak menulis. Hmmm... try nak update lah blog nie selalu kan...

Anyway TQlah kepada mereka yang membaca walaupun tah apa-apa jer aku tulis. Pastinya aku nie kategori syok sendiri.