Sunday, December 20, 2009
Mata Tumpul
melihat imej yang kabur
hanya nampak tompokkan warna
bersatu tanpa gambar
sukar diterjemah maksud di sebaliknya
melihat menerusi hati kabur
pasti kelabu dan sunggul
tak ada jiwa untuk ditimbang
tiada nilai setiap perasaan
melihat cinta kabur
nampak pudar kilaunya
penuh dusta, penuh hambar
tiada ikhlas yang harum dalam kasih
melihat pada imej, hati dan cinta
aku melalui saat itu
kabur dengan janji palsu
kabur dengan madah indah
akhirnya merana yang diterima
kini kusedar
mataku selama ini tumpul
menilai madu dan racun
takkanku ulang lagi
telah jadi diari hidup
kini kuasah biar tajam
tajam melihat dusta
tajam melihat sengketa
dan takkan ku biarkan temanku
menjadi tumpul seperti silamku
biar himpunan dusta menjadi satu,
kita cantas mereka
dalam suara senada
dalam mata tumpul ini
Subscribe to:
Posts (Atom)