Friday, April 16, 2010

Ku Ingin Kamu

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


Kini tinggal kenangan hanya satu harapan & angan-angan kosong

Wednesday, April 14, 2010

Suatu Masa dulu...Oktober 2008 - ogos 2009

Naskah ini ku terima pertama kali dalam sejarah hidupku bila ada yang mula menaruh hati. Bermula dari detik ini hati ku mula mengenali apa itu cinta, sayang, rindu dan harapan. Buat pertama kali aku paparkan untuk semua, bukan untuk mengaib tetapi sekadar berkongsi apa yang aku rasa dan alami suatu masa dulu. Suatu masa yang indah dan kini menjadi kenangan.... kerana baginya semua salahku dan mungkin salahku. Kerana salahku ini aku merasa pedih dan... benar, hatiku pedih. Hmmm... salahku. Ya salahku.

Aku terima naskah ini setelah aku berterus terang siapa diri aku sebenarnya. Tiada sebesar kuman aku menyorokan diri aku sebenarnya namun hakikatnya "dia" menyampan rahsia yang di bongkar melalui naskah ini. Tapi aku terima dengan hati yang redha inilah risiko bercinta melalui laman siber; tetapi akhirnya aku dilukai walaupun berat namun sehingga kini kesanya mendalam hanya Allah yang tahu.

Bacalah nukilan ini buat santapan masa, untuk mengenali cinta lukaku suatu masa dulu."kekasih" yang ku kenal dulu sebelum nukilan ini umurnya dalam lingkungan 20an, pelajar medic, menggunakan nama lain dan setelah itu nukilan ini di gunakan untuk membetulkan keadaan penipuan setelah setahun berkenalan dan beberapa bulan declare sebagai kekasih.



Wahai kekasih hatiku,

I nak mintak maaf dekat you sepanjang kita kenal selama ini. Terima kasih kerana bagi peluang dekat diri I untuk mencintaimu dan menyayangimu. I tahu sejak mula lagi kita kenal I akan kehilangan you. I dah serik kehilangan orang yang I sayang. I tak tahu macam mana dari awal lagi kita kenal, I terus jatuh cinta dekat you. Mungkin sudah ditakdirkan I tak akan dapat bersama orang yang I cinta dan I sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih.

You merupakan insan yang telah membuat I kenal erti perasaan cinta ini. Inilah yang akan I kenang untuk selama-lamanya. Kisah cinta I pada you walau I tidak pernah jumpa u adalah utuh. I tidak akan salahkan you kalau selepas ini I akan jadi insan yang paling you benci dalam dunia ini. I redha. Ini semua telah I agak dan pastinya akan terjadi sejak mula mengenali you setahun yang lepas. Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup i wahai kekasihku dan membuat I rasa kehadiran diri you dalam hidup I.

Tapi sebelum I pergi, I mahu diri you tahu perkara sebenar- benarnya pasal diri I. Perasaan cinta dan sayang I pada you adalah jujur dan Ikhlas. Itu yang I ingin you tahu.

Bencilah diri I kerana tidak jujur dalam perhubungan kita sebelum ini. I bukan berniat untuk menipu sesiapa tapi I terlalu mencintai you sejak kita kenal 3 bulan lepas. I tahu jika you tahu sebenarnya pasal diri I you tak akan nak berkenalan dengan I.

Ini mungkin sudah takdir, terima kasih. Terima kasih untuk segalanya. Sebelum I pergi. Kenalah I yang sebenar.

I mintak maaf kerana tak pernah bagitahu you pasal ni. Tapi I dah tak sanggup nak sembunyikannya dari you. I know you boleh tahu. Let me story the real ever story.

Sebenarnya, I bukanlah berumur 20an. I ni 18 tahun je. Kita mula kenal masa tahun lepas. Di friendster, then bertukar emel then kita chat. After that masing-masing lost contact until now. Sehingga la malam tu kita chat semula selepas I putus dengan Azam (X-BF 2). I tak berniat nak tipu you tapi I dah jatuh hati dekat you masa malam kita chat hari tu.

Then masa kita suai kenal. I dapat tahu segalanya pasal diri you and I tahu kalau you tahu sebenarnya pasal diri I, you akan elakkan diri daripada I. I tak sanggup kehilangan you. Setelah setahun kita tak berhubung. Selama setahun tu I rasa, "teruk sangat ke I ni sampai you tak nak berhubung dengan I lagi" . Then selepas habis SPM tahun lepas I sambung belajar dekat Matrix Negeri Sembilan. Masa tulah I kenal dengan Ewan (X-BF 1) than selepas tu Azam. I belajar dekat Negeri Sembilan tu tak lama dalam sebulan lebih je. Then dapat tawaran ke luar negara tapi sebelum tu I kena pergi kursus bahasa dekat UKM. I mintak maaf, I tak berniat untuk tipu you and I sebenarnya baru tahun ni dekat luar negara. I datang sini masa awal bulan 9 and I bukan pelajar tahun dua, I masih baru lagi dekat sini. Baru jadi pelajar tahun 1. Tapi semua kisah yang I bagi tahu dekat sini adalah benar pasal semua yang terjadi dekat Luar Negara.

I mintak maaf sangat-sangat kat you. Terima kasih kerana ada disamping I selama ini. Terima kasih.

I tak akan salah kan you kalau lepas ni I akan jadi orang yang paling you benci dekat dunia ni. Ni semua salah I kerana tak jujur dengan you.Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih I ucapkan.

And maafkan segala silap I. And if I pergi dulu dari dunia ini I harap U doakn kesejahteraan roh I. Sorry…

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA WAHAI KEKASIHKU

Setelah aku baca nukilan ini aku senyum... hmmm... tenyata benar umurnya jauh lebih muda dari aku kerana tulisannya masyaallah... azab macam budak sekolah rendah walaupun cerdik. hehehe tapi aku teerimanya seada sebab telah ku tolak tetapi dia masih berkeras hati dengan pendirian mencintaiku. Tetapi setelah itu aku pula yang merana. Ternyata aku menerima nasib yang sama seperti X's nya yang lain-lain. hahaha... tak apa pengajaran bagi ku dan sebenarnya hati ku tak pernah berubah hingga kini. Cuma hati ini telah di miliki oleh insan lain dan dia jujur... lebih jujur daripada yang aku harapkan.