Friday, December 3, 2010
Jeritan Geram & Marah
"Mood tak baik hari ini!"
Hari-hari biasa yang selalu aku lalui setiap hari, pagi-petang-malam. Kerja di pejabat tidaklah banyak untuk hari ini cuma kena berkemas-kemas kerana nak berpindah semula ke bangunan ABC kat Bukit Jalil setelah kerja pengubahsuaian siap ("Akihirnya"). Hampir 3 bulan aku berkampung di Mines dan kini tiba masanya sirih pulang ke gangang dengan tempat baru yang ala-ala macam filem Saigon;siap ada buluh kat office n serba biru. Nasib baik kotak-kotak dokumen lama tak di buka dan hanya letak kat store. Senang label dan terus angkat by mover.
Lepas kemas, kena gi masuk meeting 3 dalam satu; very milo. AF, Konsert Ria dan Famili Sarjanah bagai menawarkan pelbagai kerja untuk di isi oleh aku dan memeber-member lain... dan seperti biasa kena bincang perkara-pekara dari yang remeh, penting, yang mengarut di selitkan dengan gossip dan ada tapau homework lak... hmmm apa lagi kena buat lah. Sabtu & Ahadku untuk ASTRO. :)
Lepas jer meeting habis, satu gi lagi meeting kat area Mont Kiara... nun jin bertendang tempatnya dan balik rumah dengan jalan jam... 45minit baru sampai Astana ku.
Ni kisah di rumah pulak....
Bukak email, balas email, FB, bayar bill, buat kerja, tengok tv, balas sms, call sana sini... tiba-tiba rasa stress sangat tahap dewa. Rasa bosan sangat macam nak pecah rasanya jiwa ini. Geram bercampur marah campur penat, campur fade-up,eeeerrrhhhhh geramnya aku.
Aku marah pada kerja! marah pada dia! marah pada org tua nie! semuanya aku marah. Aduh... rasa nak gi jauh dari sini tinggalkan semua ini. Tak nak fikir kerja, duit, semua tak payah fikir. Terasa nak nangis tapi bodohlah nangis tuk apa. Geram dan Marah pada zaman lalu yang aku harus buang jauh tetapi masih memanggil-manggil ke arah aku dan tak mahu pergi jauh. Frust tertonggeng rasanya dengan mood aku hari ini.
Kalau boleh nak hantuk kepala kat dinding pasti sakit! nak cucuk kepala ini dengan garfu pasti berdarah... aduh... semuanya serba tak kena. SAKIT HATI SANGAT!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmmm.. lepas kan geram ngan dengan makan banyak2. haha.
ReplyDeletetapi jangan lupa baca bismillah. hehe
ReplyDelete