Tuesday, January 12, 2010

2010 dengan gegaran poket.


Diam tak diam...
Dah lebih 15 tahun yang lalu aku tinggalkan zaman sekolahku.

Dah terasa tua lah pulakkan tapi tak apa jiwa tetap muda remaja.

Sejak ke belakangan ini aku teringat zaman sekolahku. Yalah siapa tak ingat SRK Saint Joseph JB yang ada kat atas bukit dekat dengan penjara lama kan? Masa sekolah... ketika tu darjah satu, aku sebenarnya tak suka pergi sekolah. Sebab dah 3 tahun belajar kat Tabika kannn... Menangis-nagis tak nak pergi sekolah. Pernah sekali ayahku berhempas pulas tarik aku keluar daripada kereta untuk pergi sekolah sebab aku tak nak dan rasa takut sangat pada masa tu. Ingat lagi masa tu kelas aku 1 Kuning. Cikgu pun satu... garang sangat. Puan Syarifah namanya. Yalah sampai member aku nak gi tandas pun takut nak minta izin dan akhirnya, kencing dalam seluarlah jawabnya. Tapi kisah cerita aku ini sebenarnya tak ada kena mengena dengan tajuk bolg kita ni. Saja-saja flashback...

Pernah tak masa kita bersekolah dulu, kita terfikir, macam mana mak dan ayah kita siapkan kita untuk setiap tahun awal persekolahan? haaa... yang pasti kita dapat barang baharu...Tapi sebenarnya aku rasa masa tu mesti mereka fikir macam mana nak cari duit nak sekolahkan kita. Mana nak fikir duit yuran, baju, seluar, kasut, beg lagi, buku sekolah, pen, duit bas dan macam-macam lagi. Pening jugak, tapi masa tu kita tak fikir soal duit yang kita fikir adalah seronok dapat sekolah dengan barang baharu.



Aku cakap ni berlandaskan kepada pengalaman. Yalah...Tahun 2010 muncul yang pastinya
ramai member-member bujang aku sibuk gi Countdown tapi aku tiba-tiba terasa bertapa pening dan STRESSnya memikirkan masalah ini. Masalah nak cari duit... nak cari duit... nak cari duit untuk anak-anak sedaraku sekolah. Dulu kalau kita dapat baju sekolah baharu memang happy. Tak kiralah baju tu besar sikit sebab boleh pakai lama. Kalau tak dapat baju baru muka akan mencuka muncung aje (macam muncung itik bak kata kekasihku) yalah mana taknya, baju rakan-rakan lain putih aku punya jadi warna cream atau warna teh tarik. Aku pulak masa tu pengawas perpustakaan yang kena pakai serba putih... lagilah nampak perbezaanya.





Semenjak 3 tahun lalu, aku mula memikul tanggungjawab untuk menjaga 6 orang anak saudaraku. Bukan kerja mudah. Yang tua, tingkatan 2, no-2 darjah 6, no-3 darjah 4, no-4 darjah 3, no-5 darjah 1 dan kecik umur 3 tahun. Macam tangga kalau kita susun.

Tahun ni, anak sedara aku yang no-5 masuk sekolah darjah satu. 29 haribulan Disember 2009 yang lalu hari orintasinya. Jadi nak dijadikan cerita sejak malam lagi dia dah mula berangan nak ke sekolah. Beria-ia. Kalau tahun-tahun sebelumnya tak adalah masalah sangat sebab ada bonus tapi malangnya tahun ni, bonus dibayar secara ansuran dan hmmm... hampas... tak cukuplah.

Tapi tak apa, tahun ni aku fikir tak payahlah nak beli baju sekolah. Anak sedara darjah satu tu boleh pakai baju kakak dia. Saiz badan pun lebih kurang sama. Tak apa dalam hati ku. Awal pagi mak aku dah ketuk pintu bilik kejutkan aku untuk hantar pergi sekolah. Jadi bangunlah aku, siap-siap. keluar bilik dan aku mula nampak pelik anak sedara ku. Dia pakai skrit dan kemaja sekolah tapi masih lagi pelik. aku terdiam dan bawaklah dia ke sekolah. Sampai sekolah aku tengok masing-masing (Ibubapa) bergegas beraturkan anak-anak ikut kelas. Nasib baik aku dah recee awal jadi tahulah mana nak beraturkan anak sedara aku tu. Bila di beratur dengan rakan-rakan lain baru aku perasan. Laaaa... anak sedara aku pakai skirt senteng dan pakai seluar pendek lagi. seluar tu terkeluar lagi dari skirt. Kesianya aku tengok anak sedara aku. Tak sempurna rupanya.

Sepanjang hari aku berfikir dan melihat telatah anak-anak yang baru masuk sekolah. Gembira... nampak semuanya ceria, baju putih melepak (baharu lagi). Gambaran skirt senteng anak sedara aku tu masih menghatui aku. Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak padamkan semangat dia nak bersekolah lagi pun kesian dia... antara dia dengan rakan-rakan nampak beza sangat
.

Habis saja sesi orentasi aku terus hantar anak sedara aku balik ke rumah dan tanpa lengah aku pergi kedai kain. Aku beli 10 meter kain kapas putih dan 6 meter kain kapas biru gelap. Apa lagi aku mulalah menjahit. Walaupun pada masa itu aku terlalu sibuk dengan urusan kerja tapi tak apa demi dia orang aku paksa buat jugak baju sekolah. Nasib baiklah aku belajar menjahit dengan orang, jadi tahu lah buat baju kurung. Bayangkanlah kalau aku nak beli baju kurung tu, satu baju kurung lebih kurang RM35 kali 4 untuk seorang sepasang kali lagi 4 jika nak beli dua pasang. dah berapa? Aku beli kain ela yang baharu kurang daripada RM60. huhu... jadi aku berkayuh lah menjahit untuk 3 hari terus.


Jadi dengan rasa lega aku pun berilah 8 pasang baju sekolah hasil kerja tanganku. Ingatkan dah selesai. Satu lagi babak duit akan bermula. Yuran sekolah. Hmmm... kalau dulu Kerajaan ada mengatakan tak payah bayar yuran. Pernah ke ada benda tu? Eh... bila? Sebab sepanjang 3 tahun ni, yuran harus dibayar terutama yuran sumbangan PIBG dan banyak lagi sumbangan yang dinamanya. Jadi purata seorang anak sedara aku kena bayar RM70 dan ada lebih yang lagi. Huhu... RM70 kali 5 orang dah berapa? heee...


Ingatkan dah selesai babak duit ni. Rupanya belum lagi. Buku sekolah! haaa... belajar kena ada buku sekolah dan nasib baiklah ada buku bantuan kalau tak bengkok lagi. Tapi... buku tulis... Hmmm... beratur lagi kat kedai buku. Panjang pulak tu dengan ibubapa yang nak beli buku ni. Aku pun beratur sama. Jadi tengah beratur aku lihat ramai ibubapa yang sibuk membelik senarai buku yang nak di beli. Aduh rata-rata nampak wajah mereka suram je... yalah satu anak purata buku yang kena beli RM80. huhu... belum masuk buku latihan lagi. Itu sorang... kalau macam aku ada 5...? Hmmm? duit lagi. Tapi demi anak sedaraku aku tetap beratur dan shopping buku. Nasib baiklah tahun ni kakak aku ada hulur duit untuk anak-anaknya ni.



Baju dah dijahit, yuran dah dibayar, buku dah dibeli dan aku mula terfikir. Ini perjalanan hidup ku tapi macam mana dengan orang lain? Macam mana dengan mereka yang jauh kurang mampu dan rata-ratanya kebanyakkannya masih ada yang tidak bernasib baik. Sedih kalau korang bayangkan kehidupan mereka dengan anak yang nak sekolah. Aku tabik dengan semua Ibubapa sekarang yang menyekolahkan anak-anak mereka tak kiralah kaya atau miskin. Tapi... aku terfikir. Bagaimanakah nasib anak-anak sedaraku bila aku sendiri dah mempunyai keluarga dan kakak ku sebagai ibu tunggal nak teruskan perjuangan tahun yang mendatang. Setiap tahun pasti harga meletup lagi... Naik harga berganda ganda.



Aduh... Moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka dan kepada mereka yang memerlukan... Amin.

No comments:

Post a Comment