Friday, December 3, 2010

Jeritan Geram & Marah


"Mood tak baik hari ini!"

Hari-hari biasa yang selalu aku lalui setiap hari, pagi-petang-malam. Kerja di pejabat tidaklah banyak untuk hari ini cuma kena berkemas-kemas kerana nak berpindah semula ke bangunan ABC kat Bukit Jalil setelah kerja pengubahsuaian siap ("Akihirnya"). Hampir 3 bulan aku berkampung di Mines dan kini tiba masanya sirih pulang ke gangang dengan tempat baru yang ala-ala macam filem Saigon;siap ada buluh kat office n serba biru. Nasib baik kotak-kotak dokumen lama tak di buka dan hanya letak kat store. Senang label dan terus angkat by mover.

Lepas kemas, kena gi masuk meeting 3 dalam satu; very milo. AF, Konsert Ria dan Famili Sarjanah bagai menawarkan pelbagai kerja untuk di isi oleh aku dan memeber-member lain... dan seperti biasa kena bincang perkara-pekara dari yang remeh, penting, yang mengarut di selitkan dengan gossip dan ada tapau homework lak... hmmm apa lagi kena buat lah. Sabtu & Ahadku untuk ASTRO. :)

Lepas jer meeting habis, satu gi lagi meeting kat area Mont Kiara... nun jin bertendang tempatnya dan balik rumah dengan jalan jam... 45minit baru sampai Astana ku.


Ni kisah di rumah pulak....

Bukak email, balas email, FB, bayar bill, buat kerja, tengok tv, balas sms, call sana sini... tiba-tiba rasa stress sangat tahap dewa. Rasa bosan sangat macam nak pecah rasanya jiwa ini. Geram bercampur marah campur penat, campur fade-up,eeeerrrhhhhh geramnya aku.

Aku marah pada kerja! marah pada dia! marah pada org tua nie! semuanya aku marah. Aduh... rasa nak gi jauh dari sini tinggalkan semua ini. Tak nak fikir kerja, duit, semua tak payah fikir. Terasa nak nangis tapi bodohlah nangis tuk apa. Geram dan Marah pada zaman lalu yang aku harus buang jauh tetapi masih memanggil-manggil ke arah aku dan tak mahu pergi jauh. Frust tertonggeng rasanya dengan mood aku hari ini.

Kalau boleh nak hantuk kepala kat dinding pasti sakit! nak cucuk kepala ini dengan garfu pasti berdarah... aduh... semuanya serba tak kena. SAKIT HATI SANGAT!!!!

Thursday, December 2, 2010

I wanna be a billionaire


I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire




Yeah I would have a show like Oprah
I would be the host of, everyday Christmas
Give Travie a wish list
I’d probably pull an Angelina and Brad Pitt
And adopt a bunch of babies that ain’t never had sh-t
Give away a few Mercedes like here lady have this
And last but not least grant somebody their last wish
Its been a couple months since I’ve single so

You can call me Travie Claus minus the Ho Ho
Get it, hehe, I’d probably visit where Katrina hit
And damn sure do a lot more than FEMA did
Yeah can’t forget about me stupid
Everywhere I go Imma have my own theme music

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire

I’ll be playing basketball with the President
Dunking on his delegates
Then I’ll compliment him on his political etiquette
Toss a couple milli in the air just for the heck of it
But keep the fives, twentys (?) completely separate
And yeah I’ll be in a whole new tax bracket
We in recession but let me take a crack at it
I’ll probably take whatevers left and just split it up
So everybody that I love can have a couple bucks
And not a single tummy around me would know what hungry was
Eating good sleeping soundly
I know we all have a similar dream
Go in your pocket pull out your wallet
And put it in the air and sing

I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

I wanna be a billionaire so frickin bad!

Wednesday, December 1, 2010

ketuklah hati, bukalah jiwa... jangan dipersiakan

Luahan hati bila ia mula rekah berbelah dua menjadikan emosi ragu-ragu timbul.

"Sejak kebelakangan ini hati yang satu terbelah menjadi dua. 2 hati itu berbisik, meraungkan kebimbangan. Dulu, ia pernah berkata. Hati yang di sentuh akan jitu menjadi satu; menjadi merah dengan segala yang indah harapan dari yang menyayangi hati ini. Hati yang lemah tercari-cari erti sebuah kehidupan diberikan nafas harapan, nafas jiwa, nafas cinta untuk kuat berdegup mewarnai hari-hari indah. Namun ia di calar kepercayaan, di dera dengan kesengsaraan dan di hiris luka dalam merobek hati yang satu ketika mekar dalam taman"


Serangkap kisah mengimbau kenangan mendung berlagu pilu. Segalanya kelabu bagiku. Segalanyaa perit untuk di lalui. Kesannya hingga kini.



Hari berganti hari, matahari terbit terbenam berkali-kali dan aku bangun meredah kepahitan belajar daripada rekahan lalu. Ku kuburkan jiwa yang luka sengsara akibat pemainan perasaan.

Dalam kesibukan masa, pintu di ketuk lagi. Tidak pernah ku pelawa namun ada yang mengetuk mengharap kubuka pintu itu. Panjang ku merenung, jauh telah ku pergi, dalam aku mengungkai dan aku tabah membukanya lagi. Hati yang ku balut lukanya semakin pulih kini. Jiwa yang kosong di isikan semula dengan bunga-bunga segar yang di petik dari taman-taman cinta yang mekar dari sebuah harapan yang baru.

Mulai hidup dengan segar bak di siram air mawar semerbak harumnya. Namun hasilnya semakin menghilang kini. Haruman mula di tiup angin, bunga yang segar semakin kurang mendapat sinarnya.

Bukan salah siapa namun salah jiwa yang mula memesong mempersoalkan banyak perkara. Hidup dan mati, benar dan karut, betul dan salah... bagai satu teka teki yang perlu di ungkai dengan mata tertutup bergerak mencari arah.

Hati ini mula berbagi 2.

Rekah untuk terus rekah atau rekah untuk terus kembali pulih. Harapan yang menggunung tinggi menjadi bukit, menjadi rendah dan rata. Hati yang mekar di biarkan layu tanpa di siram dengan haruman mawar. Alasan pelbagai alasan yang nyata sabar menjadi kunci utama. Harapan yang di buka luas menjadi sempit kini kerana ada yang mempersiakannya.

"sebuah kisah cerita hati yang terpendam memikirkan nasibnya sama ada terus kekal mekar atau layu dan berkubur menjadi nesan sebuah kenangan abadi"

Chinta




Sepanjang harapan menjadi pudar
Sepanjang chita begitu berchalar
Dari musim ke musim tiada bersinar
Seluruh ketentuan direka dalam diri muka berpinar

Pernah dada menyimpan seribu harapan
Pernah hati berlagu musim yang chemerlang
Dada menjadi bara dan hati jadi Chuka
Di bumi ini ada dada berachun bisa

Kami bukan kapitalis yang menchengkam hidup manusia
Kami bukan shaitan yang membina dosa
Kami bukan pahlawan yang berpura kerana binatang di dada
Kami ialah kami yang punya chita tinggi tegak di bumi bunda

Pada ke pahitan yang menimpa diri sendiri
Pada penekanan yang membelengu diri
Tambah penuh tekad kami berjuang bagi
Tambah chemerlang ke garis muka tabah berani

Sekali kami ke muka pasti dada berbara
Sekali kami berchita terus mengkota chita

Tahun: 1959 (Buku Chatatan)
Nukilan: Mokhtar Yassin
Pengajian: Sekolah Melayu Maktab Perguruan Tanjung Malim
Pekerjaan: Guru

Saturday, July 10, 2010

Satu perjalanan FITNAH dalam kehidupan

Pengalaman mengajar kita...

Dalam erti kata lain "kita" adalah manusia walau apa jua latarbelakang tak kira baik mahupun tidak. Tetap membuat kesilapan tetap berkelakuan kerja yang kurang rasional...



Berfikir sejenak... Bila kita bergaul dengan orang-orang "alim" yang tahu hukum-hukum syarak ni pasti kita akan rasa seronok bila setiap apa yang kita buat, apa yang kita lakukan dan apa yang kita cakap pasti akan berlandaskan Islam. Tidaklah kita bercakap kosong atau yang bukan bukan.

Tetapi manusia tetap manusia. Selalu sangat buat kesilapan. Lebih-lebih lagi aku! manusia jahil yang main lagau aje dari segi pertuturan, pergaulan dan gerak laku. Hmmmm.... kekadang tindakkan aku melulu namun semua ada sebabnya yang aku sendiri dapat rasakan sepatutnya orang tahu dengan tindakkanku... Contohnya begini situasinya. Dalam sebuah produksi masa mainkan peranan. Jadi kepada mereka yang berjalan macam pergi pasar, atau gelek2 anak ayam, atau berjalan ala slow motion pasti akan di tegur. Bayangkanlah pergerakkan kecil seperti itu boleh membuatkan kerugian produksi. Hmmm... jadi keluarlah suara ku... jika pertama kali suara kita suruh lekas tak di dengar dan kita mula ulang sekali lagi kan... tapi kalau kali ketiga dan keempat suruh lekas hmmm... fikirlah nada yang keluar dari mulut insan hina ini.


Itu tak apa... di tuduhnya pula cara percakapan kita kurang sopan atau lebih lagi Kuarang Ajar! Hmmm... aku dapat terima tu semua. Tetiba aku di nasihatkan oleh seseorang yang suka bercakap..."najib! kita kena hormat mereka ni lain sedikit... dia orang ni tinggi martabatnya, lebih mulia dari kita..." jadi dengan kenyataan itu aku akur yalah aku hanya insan yang hina lagi lapuk dengan semua dosa-dosa silam. Dan aku berkata "baiklah aku ikut saranan orang-orang tu yang anggap aku ni jahil sangat dalam melakukan tugasan harian.

Mulai saat itu aku mula buat apa yang harus aku buat. kerja-kerja lain aku akan tutup telinga, tutup minda atau dalam ertikata lain AAK (Ada Aku Kisah)! Senyap seketika sepanjang aku senyapkan diri sehinggakan boleh dengar bunyi cengkerik berkumandang sekitar ku. Tiba-tiba aku dengar satu suara... E...ee..e.e... teruklah orang tu.... eeee...e.e.e lelaki dan perempuan duduk satu tempat.... Ee.e.e.e.e.... semacamlah mamat tu takut aku macam nak goda aku jer (Walaupun spesis gitue). hmmm... suara siapakah yang bersuara?

Aku masih berdiam tak naklah orang kata kepo-kepo nak masuk isu ni kan. So masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi biasalah angin suara sumbang ni takkan tenang jer. Tak akan bergerak sepoi-sepoi bahasa. Angin suara ni makin mengganas... bagai puting beliaung yang membongkar segala isi perut di muka bumi ni.

Tetiba suara yang dulunya kecil dah jadi besar. Kuman dah merebak nak jadi kanser dalam sekelumpuk manusia-manusia mulia yang di copnya terlebih dahulu. Menjadi isu besar bila perkara ini telah mula mengaibkan orang-orang tertentu. Pastinya orang tu akan melenting mendengar suara-suara tomahan keatas dirinya. Akhirnya mereka di temukan sebagai jalan penyelesaian.

Terkejut dan kaku seketika. Rupanya orang-orang alim dan mulia yang memulakan suara-suara sumbang ini. Yang malangnya bila berdepan dengan orang-orang tu tak nak mengaku dan tak nak minta maaf sebaliknya cuba mengaibkan orang lain untuk cover aib sendiri. sedih... sedih... sedih...

Inilah hakikatnya. Jika kita tgok orang berkopiah, pegang kitab-kita dan terus kita label orang tu sebagai orang alim... Yalah memang alim pun tapi hakikatnya orang-orang itu juga manusia macam aku insan yang hina ni. Tak lari daripada buat kesilapan cuma aku terkejut rupanya mereka lebih teruk daripada itu. Pandai betul buat skrip tuduh orang macam-macam. Pastu tak mengaku.

Kesimpulanya : Walau apa jua status kita, walau apa jua ilmu kita yang pastinya kita Manusia yang jahil. Sentiasa buat kesilapan, sentiasa alpa dan harus dingatkan, kena sentiasa tunduk walaupun kita anggap kita tinggi ilmu namun kan lebih baik kita sentiasa ingat yang tinggi dan yang grand adalah datang dariNYA bukan dtang dari kebijaksanaan kita.

Wednesday, June 16, 2010

Bila pintu hati di ketuk

Dalam kesibukan harian bekerja... yang tak tentu masa, tak tentu waktu ni, rasa hidup dah tak menentu. Tiba-tiba aku terima satu sms...

"U.. dah bukak email lum? ada hadiah tuk u"... dari seorang yang aku cukup kenal dan sayang. Kebetulan di tempat aku sekarang ni wifi nya macam angin. Sekejap ada sekejap tak ada kalau ada pun alahai lemah sangat. Tapi itu tak ada kena mengena dalam ini cerita.

Setelah beberapa hari tak bukak email akhirnya aku berkesempatan membukanya. Hari yang sibuk ku menjadi tenang, kesibukan ku menjadi lapang... bila aku terima satu bingkisan hati.

Lagu yang cukup menyentuh jiwa dan membuat aku terapung di awan biru dalam kekalutan kerja. Terima kasih sebab lagu tu buat hidup terus bewarna dalam kelabu. Segar dalam debu. Luka kembali pulih.

Mulai saat itu... "bagaimanakah lagi untuk aku buktikan, selamilah pada kejujuranku..." insyaalah akan ku dengar ayat2 ini bila aku rindu, bila aku sunyi, bila aku curiga...


TQ sayang

Saturday, May 1, 2010

Izinkan Aku





I
zinkan aku

menjadi embun pagimu

biarpun bersahaja

ku penemanmu tika dingin pagi

sebelum muncul cahaya


Izinkan aku

menjadi angin bayumu

yang akan membelaimu tika suka duka

dengan hembusan mesra


Tika engkau sendiri

menelusuri liku sepi

kuatkan hatimu

genggamlah tanganmu

ku penemanmu

dan takkan ku biarkan engkau sendiri


nukilan: daripada dia... suatu masa dulu

Friday, April 16, 2010

Ku Ingin Kamu

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


Kini tinggal kenangan hanya satu harapan & angan-angan kosong

Wednesday, April 14, 2010

Suatu Masa dulu...Oktober 2008 - ogos 2009

Naskah ini ku terima pertama kali dalam sejarah hidupku bila ada yang mula menaruh hati. Bermula dari detik ini hati ku mula mengenali apa itu cinta, sayang, rindu dan harapan. Buat pertama kali aku paparkan untuk semua, bukan untuk mengaib tetapi sekadar berkongsi apa yang aku rasa dan alami suatu masa dulu. Suatu masa yang indah dan kini menjadi kenangan.... kerana baginya semua salahku dan mungkin salahku. Kerana salahku ini aku merasa pedih dan... benar, hatiku pedih. Hmmm... salahku. Ya salahku.

Aku terima naskah ini setelah aku berterus terang siapa diri aku sebenarnya. Tiada sebesar kuman aku menyorokan diri aku sebenarnya namun hakikatnya "dia" menyampan rahsia yang di bongkar melalui naskah ini. Tapi aku terima dengan hati yang redha inilah risiko bercinta melalui laman siber; tetapi akhirnya aku dilukai walaupun berat namun sehingga kini kesanya mendalam hanya Allah yang tahu.

Bacalah nukilan ini buat santapan masa, untuk mengenali cinta lukaku suatu masa dulu."kekasih" yang ku kenal dulu sebelum nukilan ini umurnya dalam lingkungan 20an, pelajar medic, menggunakan nama lain dan setelah itu nukilan ini di gunakan untuk membetulkan keadaan penipuan setelah setahun berkenalan dan beberapa bulan declare sebagai kekasih.



Wahai kekasih hatiku,

I nak mintak maaf dekat you sepanjang kita kenal selama ini. Terima kasih kerana bagi peluang dekat diri I untuk mencintaimu dan menyayangimu. I tahu sejak mula lagi kita kenal I akan kehilangan you. I dah serik kehilangan orang yang I sayang. I tak tahu macam mana dari awal lagi kita kenal, I terus jatuh cinta dekat you. Mungkin sudah ditakdirkan I tak akan dapat bersama orang yang I cinta dan I sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih.

You merupakan insan yang telah membuat I kenal erti perasaan cinta ini. Inilah yang akan I kenang untuk selama-lamanya. Kisah cinta I pada you walau I tidak pernah jumpa u adalah utuh. I tidak akan salahkan you kalau selepas ini I akan jadi insan yang paling you benci dalam dunia ini. I redha. Ini semua telah I agak dan pastinya akan terjadi sejak mula mengenali you setahun yang lepas. Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup i wahai kekasihku dan membuat I rasa kehadiran diri you dalam hidup I.

Tapi sebelum I pergi, I mahu diri you tahu perkara sebenar- benarnya pasal diri I. Perasaan cinta dan sayang I pada you adalah jujur dan Ikhlas. Itu yang I ingin you tahu.

Bencilah diri I kerana tidak jujur dalam perhubungan kita sebelum ini. I bukan berniat untuk menipu sesiapa tapi I terlalu mencintai you sejak kita kenal 3 bulan lepas. I tahu jika you tahu sebenarnya pasal diri I you tak akan nak berkenalan dengan I.

Ini mungkin sudah takdir, terima kasih. Terima kasih untuk segalanya. Sebelum I pergi. Kenalah I yang sebenar.

I mintak maaf kerana tak pernah bagitahu you pasal ni. Tapi I dah tak sanggup nak sembunyikannya dari you. I know you boleh tahu. Let me story the real ever story.

Sebenarnya, I bukanlah berumur 20an. I ni 18 tahun je. Kita mula kenal masa tahun lepas. Di friendster, then bertukar emel then kita chat. After that masing-masing lost contact until now. Sehingga la malam tu kita chat semula selepas I putus dengan Azam (X-BF 2). I tak berniat nak tipu you tapi I dah jatuh hati dekat you masa malam kita chat hari tu.

Then masa kita suai kenal. I dapat tahu segalanya pasal diri you and I tahu kalau you tahu sebenarnya pasal diri I, you akan elakkan diri daripada I. I tak sanggup kehilangan you. Setelah setahun kita tak berhubung. Selama setahun tu I rasa, "teruk sangat ke I ni sampai you tak nak berhubung dengan I lagi" . Then selepas habis SPM tahun lepas I sambung belajar dekat Matrix Negeri Sembilan. Masa tulah I kenal dengan Ewan (X-BF 1) than selepas tu Azam. I belajar dekat Negeri Sembilan tu tak lama dalam sebulan lebih je. Then dapat tawaran ke luar negara tapi sebelum tu I kena pergi kursus bahasa dekat UKM. I mintak maaf, I tak berniat untuk tipu you and I sebenarnya baru tahun ni dekat luar negara. I datang sini masa awal bulan 9 and I bukan pelajar tahun dua, I masih baru lagi dekat sini. Baru jadi pelajar tahun 1. Tapi semua kisah yang I bagi tahu dekat sini adalah benar pasal semua yang terjadi dekat Luar Negara.

I mintak maaf sangat-sangat kat you. Terima kasih kerana ada disamping I selama ini. Terima kasih.

I tak akan salah kan you kalau lepas ni I akan jadi orang yang paling you benci dekat dunia ni. Ni semua salah I kerana tak jujur dengan you.Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih I ucapkan.

And maafkan segala silap I. And if I pergi dulu dari dunia ini I harap U doakn kesejahteraan roh I. Sorry…

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA WAHAI KEKASIHKU

Setelah aku baca nukilan ini aku senyum... hmmm... tenyata benar umurnya jauh lebih muda dari aku kerana tulisannya masyaallah... azab macam budak sekolah rendah walaupun cerdik. hehehe tapi aku teerimanya seada sebab telah ku tolak tetapi dia masih berkeras hati dengan pendirian mencintaiku. Tetapi setelah itu aku pula yang merana. Ternyata aku menerima nasib yang sama seperti X's nya yang lain-lain. hahaha... tak apa pengajaran bagi ku dan sebenarnya hati ku tak pernah berubah hingga kini. Cuma hati ini telah di miliki oleh insan lain dan dia jujur... lebih jujur daripada yang aku harapkan.

Saturday, January 30, 2010

SKODENG... Ayat-ayat mencari cinta di YM

BERDASAR KISAH BENAR.


Ikuti kisah skodeng antara Embong dan Kiah (bukan nama sebenar) yang sedang merisik seorang jejaka "Bratt Pit" (juga bukan nama sebenar) untuk seorang rakan yang berhajat. So sweet kerja skodeng mereka ni.


SENARIO:

" Ada rakan Kiah yang mempunyai hati terhadap si Bratt Pit ni. Namun nak approach segan sebab takkan "timba cari perigi kan". Jadi gunalah khidmat Kak Kiah kita untuk lakukan skodeng. Dan yang menariknya yang berhajat tu terpaut hati dengan Bratt Pit melalui facebook je. Cinta pandangan Cyber katakan. Ikuti perbualan mereka. "

Embong: kak Kiah, siapa yg suka Bratt Pit tu?


Kiah: ade kawan sy, budak luar. Dia tgk kat fb.. so dia tanya. Dia kata nak kenal tapi dia dalam proses siasat menyiasat agi. Emmm... Bratt Pit tu macam mana bdak nya ye?


Embong: ooh, saya ada buat intro lah sikit kat dia... aritu Bratt Pit tanya comel x bdk yg tu.. hahaha


Kiah: hahaha


Embong: Bratt Pit ni ok la. tp dier tu cam manja sikit.. hehe


Kiah: comey tu.. manja tu abstrack laa sayang


Embong: baik, selalu gak tolong org kalo cam dlm kesusahan. tp dier tu manja lebih


Kiah: oooo


Embong: Bratt Pit tu ngada.. kekadang memilih!


Kiah: dia hensem


Kiah: memang patut dia memilih.. hehe. hmmm..dia nampak macam ade msalah je. sy tgk macam sedey je muka dia


Embong: haha


Kiah: dia ade msalah ke or muka dia memang sedey macam 2?


Embong: sedih...? hmmm... tah lah. Dier ada mslh tu. haah dier memilih kalo gf ni. Cam dier x suka org tu lebih tua dr dier. dier suka org comel2. Tp pasal masalah dier, x nak bgtau...


Kiah: masalah pe? family ke? or awekssss? hehe


Embong: rasa bukan family. Dier ni jarang ada kwn sgt k.Kiah oooiii. Dier x de gf mmg single lg


Kiah: ooo... Kalau nak berkawan ok ker?


Embong: kwn ok je


Kiah: konon2 laa


Embong: kalo kwn kak Kiah nak kenal, ckp la.


Kiah: bdak tu nak kawan je ngn Bratt Pit


Embong: nanti saya bgtau Bratt Pit


Kiah: dia nak tak eh?


Embong: sbb dier kata x kisah nak kwn


Kiah: ooo


Embong: haah...boleh je katanya.


Kiah: kalau dia ade masalah.. gtahu je laa... nmpak air muka dia ngah sedey.. macam banyak je masalahnya


Embong: ermm biasa la dier.. dier tu perahsia org nye. Tu susah sikit saya nak korek. tp saya lak selalu ngadu ngan dier.. hehehe


Kiah: hehehe... biasalaa lelaki kan... Bratt Pit tu ada masalah duit kot


Embong: hehe pandai2 jer K. Kiah ni. Dier tu kalo duit mmg ada hal... heee


Kiah: hehehe kenapa? dia boros ke? sy serkap jarang je... lalala~


Embong: hehe... dier boros?? kedekut betul budak kecik tu. hehe mmg kedekut


Kiah: hahaha, tapi kenapa ade masalah duit jugak e? kalau dia tu kedekut?


Embong: dier jenis x minta duit parents


Kiah: ooooo


Embong: pastu dier dapat biasiswa jpa... so jpa selalu lambat. So selalu xde duit


Kiah: wey.. jpa rm5000 kot mmg laa lambat sikit. tapi bila dapat.. kena laa tahu simpan.. tul tak? tapi sian jugak. ikut pengalaman laa...hehehe...org sedey n risau macam tu... masalah duit je

Embong: entah la Bratt Pit watpe. aritu dier beli laptop guna duit jpa tu. pastu x tau wat pe


Kiah: ooooo


Embong: tp tu la. dier tu mmg perahsia


Kiah: tapi skrg dah masuk kan syg jpa nya?


Embong: tak tau cmne. belum kot kak Kiah. sbb dier x byr hutang dier lg


Kiah: hmm.. siannya. hutang ngn Embong ke?


Embong: sbb saya ada pinjam duit kat dier


Kiah: oooo


Kiah: hmm.. dia tak de wat keje part time?


Embong: takde pun


Kiah: ooo


Embong: pastu dier tu xde la ramai sgt kawan.. tu yg susah tu. dier menyendiri sikit


Kiah: may be itu ley bantu dia kalau dia keje.. oooo


Embong: tu la..


Kiah: dia hensem


Embong: entah saya pun x sure


Kiah: jadi artis pun boleh tau. hehehe. Bratt Pit tu tggi tak?


Embong: hehehe... mmg pun... stylo Bratt Pit tu


Kiah: ooo


Embong: hensem lak tu. tinggi dr Embong


Kiah: ley laa jdi artis... haha


Embong: Embong pendek sgt


Kiah: tak de laa pendek


Embong: tp kalo kategori lelaki dier x tinggi sgt


Kiah: tapi kecik syg... oooo


Embong: kecik ke saya? hehe


Kiah: yelaa. duk ngan Bratt Pit nampak kecik je


Kiah: hehehe. Bratt Pit nya pointer mesti tggi kan? sbb tu dia dapat jpa.. kan?


Embong: hehe... Embong duk ngan mana2 laki nampak kecik! hehe... haah, Bratt Pit 3 and above pointer dier... budak pandai tu. mmg pandai. major arab tu yg Embong respect. gaya dier sempoi sgt sampai cam kagum dier amik arab


Kiah: oooo... oklaa 2. hensem. pandai...mesti laa dia memilih


Embong: hehehe. biasa je. kwn2 dier x kisah. gf je dier mengada


Kiah: hahaha. lagipun dia kan muda lagi. baru 19 kot. tak kan nak cari gf dah kot. hehehe


Embong: haah...hehehe... muda lg... mmg cam budak kecik sungguh. dier mmg manja sikit. betul2 cam adik kalo ngan dier. xleh byg lebih. hahaha


Kiah: hahahaha...bersih lagi otaknya kot...hehehe


Embong: haha...bersih la gak kot


Kiah: hahahahaha...kawan sy ni baik org nya.... dia nak kawan ngn Bratt Pit... sy tak berani nak kasik... sbb takut Bratt Pit tak sesuai... tapi kalau Bratt Pit pun baik... ok laa


Kiah: hehehe... sy bmbg bukan pe


Embong: erm, kalo saya la... saya x syor kan


Kiah: lelaki zaman skrg advance skit... hehehehe... kenapa plak?


Embong: kalo kwn kak Kiah tu nak lebih mmg x dpt. sbb Bratt Pit ni susah sikit...hehe... bukan x nak bg... sbb sy risau... dier tu cam camne ek? moden terlebih.... tp xpe... boleh saya kenal kan je... x kisah


Kiah: moden terlebih?


Embong: hehe...cam dier tu hip hop sikit... hehe


Kiah: tapi dia solat kan walau pun moden2 pun kan? Embong... r u there?


Embong: sorry2. chat ngan ramai org lak... hehe


Kiah: hehehe... ooo...


Embong: Bratt Pit budak sekolah agama k.Kiah


Kiah: oo.. ok laa kalau dia jaga solat


Embong: baik


Kiah: oooo


Embong: haah... dulu maahad... pastu sekolah agama biasa


Kiah: ooo.. dak maahad.. oklaa 2... sy cakap kat kiki lain kali laa eh... kot2 kawan tu tak nak plak


Embong: haah


Kiah: hehehehe


Embong: ooh yeke? xpe2... tp kalo nak kenal


Kiah: ni just tanya2 je


Embong: bgtau segala2 nye la ok...sbb Bratt Pit nanti byk tanya... hehehe


Kiah: okies... tak de masalah


Embong: cam aitu dier nak tgk gambar... hahaha... saya kata saya pun x kenal sapa


Kiah: kasik gambar sy... lalalala


Embong: hahahaha... isk xleh... nanti abe k.Kiah marah


Kiah: alaa.. suh dia tgk je... sy daa add da pun fb dia... hahaha... alaa.. suh dia tgk je... sy daa add da pun fb dia.. hahaha.... sy pun tak de gambar kawan sy ni... kalau ade.. nnt sy kasik eh... k laa Embong


Kiah: ngantuk laa... hehehe


Embong: ok ok... bgtau la kalo apa2... ooh ok. tido dulu k~


Kiah: gd nite syg


Embong: gud nite darling... hehe

Tuesday, January 12, 2010

2010 dengan gegaran poket.


Diam tak diam...
Dah lebih 15 tahun yang lalu aku tinggalkan zaman sekolahku.

Dah terasa tua lah pulakkan tapi tak apa jiwa tetap muda remaja.

Sejak ke belakangan ini aku teringat zaman sekolahku. Yalah siapa tak ingat SRK Saint Joseph JB yang ada kat atas bukit dekat dengan penjara lama kan? Masa sekolah... ketika tu darjah satu, aku sebenarnya tak suka pergi sekolah. Sebab dah 3 tahun belajar kat Tabika kannn... Menangis-nagis tak nak pergi sekolah. Pernah sekali ayahku berhempas pulas tarik aku keluar daripada kereta untuk pergi sekolah sebab aku tak nak dan rasa takut sangat pada masa tu. Ingat lagi masa tu kelas aku 1 Kuning. Cikgu pun satu... garang sangat. Puan Syarifah namanya. Yalah sampai member aku nak gi tandas pun takut nak minta izin dan akhirnya, kencing dalam seluarlah jawabnya. Tapi kisah cerita aku ini sebenarnya tak ada kena mengena dengan tajuk bolg kita ni. Saja-saja flashback...

Pernah tak masa kita bersekolah dulu, kita terfikir, macam mana mak dan ayah kita siapkan kita untuk setiap tahun awal persekolahan? haaa... yang pasti kita dapat barang baharu...Tapi sebenarnya aku rasa masa tu mesti mereka fikir macam mana nak cari duit nak sekolahkan kita. Mana nak fikir duit yuran, baju, seluar, kasut, beg lagi, buku sekolah, pen, duit bas dan macam-macam lagi. Pening jugak, tapi masa tu kita tak fikir soal duit yang kita fikir adalah seronok dapat sekolah dengan barang baharu.



Aku cakap ni berlandaskan kepada pengalaman. Yalah...Tahun 2010 muncul yang pastinya
ramai member-member bujang aku sibuk gi Countdown tapi aku tiba-tiba terasa bertapa pening dan STRESSnya memikirkan masalah ini. Masalah nak cari duit... nak cari duit... nak cari duit untuk anak-anak sedaraku sekolah. Dulu kalau kita dapat baju sekolah baharu memang happy. Tak kiralah baju tu besar sikit sebab boleh pakai lama. Kalau tak dapat baju baru muka akan mencuka muncung aje (macam muncung itik bak kata kekasihku) yalah mana taknya, baju rakan-rakan lain putih aku punya jadi warna cream atau warna teh tarik. Aku pulak masa tu pengawas perpustakaan yang kena pakai serba putih... lagilah nampak perbezaanya.





Semenjak 3 tahun lalu, aku mula memikul tanggungjawab untuk menjaga 6 orang anak saudaraku. Bukan kerja mudah. Yang tua, tingkatan 2, no-2 darjah 6, no-3 darjah 4, no-4 darjah 3, no-5 darjah 1 dan kecik umur 3 tahun. Macam tangga kalau kita susun.

Tahun ni, anak sedara aku yang no-5 masuk sekolah darjah satu. 29 haribulan Disember 2009 yang lalu hari orintasinya. Jadi nak dijadikan cerita sejak malam lagi dia dah mula berangan nak ke sekolah. Beria-ia. Kalau tahun-tahun sebelumnya tak adalah masalah sangat sebab ada bonus tapi malangnya tahun ni, bonus dibayar secara ansuran dan hmmm... hampas... tak cukuplah.

Tapi tak apa, tahun ni aku fikir tak payahlah nak beli baju sekolah. Anak sedara darjah satu tu boleh pakai baju kakak dia. Saiz badan pun lebih kurang sama. Tak apa dalam hati ku. Awal pagi mak aku dah ketuk pintu bilik kejutkan aku untuk hantar pergi sekolah. Jadi bangunlah aku, siap-siap. keluar bilik dan aku mula nampak pelik anak sedara ku. Dia pakai skrit dan kemaja sekolah tapi masih lagi pelik. aku terdiam dan bawaklah dia ke sekolah. Sampai sekolah aku tengok masing-masing (Ibubapa) bergegas beraturkan anak-anak ikut kelas. Nasib baik aku dah recee awal jadi tahulah mana nak beraturkan anak sedara aku tu. Bila di beratur dengan rakan-rakan lain baru aku perasan. Laaaa... anak sedara aku pakai skirt senteng dan pakai seluar pendek lagi. seluar tu terkeluar lagi dari skirt. Kesianya aku tengok anak sedara aku. Tak sempurna rupanya.

Sepanjang hari aku berfikir dan melihat telatah anak-anak yang baru masuk sekolah. Gembira... nampak semuanya ceria, baju putih melepak (baharu lagi). Gambaran skirt senteng anak sedara aku tu masih menghatui aku. Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak padamkan semangat dia nak bersekolah lagi pun kesian dia... antara dia dengan rakan-rakan nampak beza sangat
.

Habis saja sesi orentasi aku terus hantar anak sedara aku balik ke rumah dan tanpa lengah aku pergi kedai kain. Aku beli 10 meter kain kapas putih dan 6 meter kain kapas biru gelap. Apa lagi aku mulalah menjahit. Walaupun pada masa itu aku terlalu sibuk dengan urusan kerja tapi tak apa demi dia orang aku paksa buat jugak baju sekolah. Nasib baiklah aku belajar menjahit dengan orang, jadi tahu lah buat baju kurung. Bayangkanlah kalau aku nak beli baju kurung tu, satu baju kurung lebih kurang RM35 kali 4 untuk seorang sepasang kali lagi 4 jika nak beli dua pasang. dah berapa? Aku beli kain ela yang baharu kurang daripada RM60. huhu... jadi aku berkayuh lah menjahit untuk 3 hari terus.


Jadi dengan rasa lega aku pun berilah 8 pasang baju sekolah hasil kerja tanganku. Ingatkan dah selesai. Satu lagi babak duit akan bermula. Yuran sekolah. Hmmm... kalau dulu Kerajaan ada mengatakan tak payah bayar yuran. Pernah ke ada benda tu? Eh... bila? Sebab sepanjang 3 tahun ni, yuran harus dibayar terutama yuran sumbangan PIBG dan banyak lagi sumbangan yang dinamanya. Jadi purata seorang anak sedara aku kena bayar RM70 dan ada lebih yang lagi. Huhu... RM70 kali 5 orang dah berapa? heee...


Ingatkan dah selesai babak duit ni. Rupanya belum lagi. Buku sekolah! haaa... belajar kena ada buku sekolah dan nasib baiklah ada buku bantuan kalau tak bengkok lagi. Tapi... buku tulis... Hmmm... beratur lagi kat kedai buku. Panjang pulak tu dengan ibubapa yang nak beli buku ni. Aku pun beratur sama. Jadi tengah beratur aku lihat ramai ibubapa yang sibuk membelik senarai buku yang nak di beli. Aduh rata-rata nampak wajah mereka suram je... yalah satu anak purata buku yang kena beli RM80. huhu... belum masuk buku latihan lagi. Itu sorang... kalau macam aku ada 5...? Hmmm? duit lagi. Tapi demi anak sedaraku aku tetap beratur dan shopping buku. Nasib baiklah tahun ni kakak aku ada hulur duit untuk anak-anaknya ni.



Baju dah dijahit, yuran dah dibayar, buku dah dibeli dan aku mula terfikir. Ini perjalanan hidup ku tapi macam mana dengan orang lain? Macam mana dengan mereka yang jauh kurang mampu dan rata-ratanya kebanyakkannya masih ada yang tidak bernasib baik. Sedih kalau korang bayangkan kehidupan mereka dengan anak yang nak sekolah. Aku tabik dengan semua Ibubapa sekarang yang menyekolahkan anak-anak mereka tak kiralah kaya atau miskin. Tapi... aku terfikir. Bagaimanakah nasib anak-anak sedaraku bila aku sendiri dah mempunyai keluarga dan kakak ku sebagai ibu tunggal nak teruskan perjuangan tahun yang mendatang. Setiap tahun pasti harga meletup lagi... Naik harga berganda ganda.



Aduh... Moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka dan kepada mereka yang memerlukan... Amin.

Friday, January 1, 2010

Belasungkawa Ibrahim Hashim A.M.N


tidak terungkap bakti ditabur, tidak terbalas budi dan jasa,
seluas pengorbanan selautan keringat,

buat insan berhati mulia
... buat bapa yang memimpin kami,
buat guru ikhlasnya ilmu,
terima kasih... buatmu selamanya

Ketika sedang dibuai mimpi meneroka masa depan yang masih aku impikan, aku disentak oleh satu panggilan telefon. Ternyata dari seorang rakan...Azah, "Najib kau dah dapat berita tak? En. Ibrahim dah tak ada" nadanya semakin sayu. Aku mula hairan dan bermatian aku tak percaya kata-katanya namun aku bangkit lalu terfikir sejenak saat terkahir aku melihat wajah En. Ibrahim.

Ketika itu, semua orang berkobar-kobar nak jumpa dengan En. Ibrahim, maklumlah dah bertahun-tahun meninggalkan AFM (Akademi Filem Malaysia). Aku bersama, Pak Long bersama Junior, bersama Senior, bersama Super Senior, bersama Super Junior semua turun padang untuk bertemu dengan guru dan bapa yang sangat kami kagumi. Memang cantiklah waktu yang telah diaturkan iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Masing-masing dah mula SMS dan dah call; nak tunggu kat mana? macam mana nak pergi rumahnya? pergi dengan siapa? pukul berapa nak berkumpul...? Biasalah kalau pergi ramai-ramai beginilah kerenahnya.



Setibanya aku dan rakan di rumah En. Ibrahim, kami di sambung dengan ukiran senyuman seorang yang aku hormati. Wajahnya ceria berseri menyambut kehadiran aku dan rakan-rakan lain. Kemudian aku terfikir sejenak; hmmm.... wajahnya tak ubah seperti mana 15 tahun yang pernah aku kenalnya dulu. Namun susut sedikit susuk tubunya. Yalah dah dimakan usia... walaupun dia sebenarnya tak berapa sihat namun dia paksa dirinya untuk melayani anak-anak muridnya.



Wow... 15 tahun telah aku lalui setelah graduate dalam bidang Perfileman Akademi Filem Malaysia. Satu waktu yang cukup lama dan sepanjang waktu yang lama itu telah mematangkan aku untuk terus berada dalam industri ini. Tapi semuanya harus diucapkan terima kasih untuk En. Ibrahim kerana dialah yang membentuk aku dalam dalam industri ini. Tahun 1994 aku mula mendaftar di Akademi Filem Malaysia setelah frust untuk masuk ITM pada ketika itu untuk Jurusan Seni Halus. Namun tak pernah aku terfikir untuk menjadi anak wayang. Berada 3 tahun di Studio Merdeka membuatkan aku yakin dengan apa yang aku inginkan untuk masa depan yang akan datang. Dan di situlah aku kenal siapa En.Ibrahim.



Bila masuk kelasnya..."Penataan Bunyi", pastinya telinga kena bukak sebab kalau tak dengar apa yang dia cakap pasti kena laser. Yang menariknya kelas ni, tak banyak teori tapi praktikalnya banyak sangat dan yang pastinya kelas ni menjadi kelas favorite semua orang. Namun bukan setakat kelas, dia juga sebagai HEP (Hal Ehwal Pelajar) yang sentiasa backing kita orang terutama mereka yang selalu buat masalah, poteng kelas, kena tahan tak leh masuk exam, kena tahan tak bayar yuran, gaduh dengan org FINAS, gaduh dengan pensyarah dan banyak lagi hal-hal remeh. Dialah tembok untuk kami berlindung.

Seorang guru yang cukup sempoi dan memberikan kami kebebasan bersuara dan melakukan apa yang sepatutnya budak Filem buat (jujur dan lantang bersuara). Tak cukup peralatan shooting dia tambah, tak cukup duit dia pinjamkan, tak cukup nota diberi jawapan terus untuk exam kerana baginya, praktikal adalaah segalanya bukan teori. "Score exam tinggi tapi kalau tak reti nak deploy peralatan tak guna gak..." dan ternyata benar kata-katanya itu sebab ramai graduan sekarang hanya tau teori, bila dapat peralatan tak reti pakai yang kelakarnya ada jugak yang tak tau apa itu Gun Mic, Omi Mic dan ....

Oleh kerana dia juga, kami dapat bergerak jauh. Ideanya menubuhkan FIND (Film International & Domestic) telah membawa kami ke Brussels buat pertama kalinya mewakili Malaysia untuk Anugerah Filem Pendek Dunia tahun 1998. Filem promosi AFM dari Layar ke Layar buat pertama kalinya telah mengabungkan semua pelajar AFM bersatu menerbitkan sebuah promo dalam format filem 16mm. Festival Mini Filem dan Video (AFM) yang bercelaru dialah yang membetulkan keadaan. Kebajikan kami dia yang jaga. Teringat satu ketika dulu bila aku buat satu projek FIND dan dari layar ke layar, aku ngan Pak Long masa tu tak ada duit nak makan so dengan pantas dia pergi ke kafeteria cakap dengan orang kat situ kami makan sign je. Tak payah bayar nanti AFM yang bayar. Wah... terasa berharganya hidup bila dia dia cakap macam tu sebab selama ini apa yang kita orang buat untuk AFM tak pernah dibalas. Tapi itu mungkin kisah ku namun ramai lagi kekawan yang mempunyai pengalaman yang luar biasa bersama Allahyarham.



Ketika aku mendapat panggilan telefon daripada Azah, aku masih mamai sebab baru rasanya aku jumpa dia masa hari raya hari itu. Aku masih tak puas hati dan terus telefon rakan-rakan yang lain. Ternyata mereka pun tak tahu. "betul ke apa yang Azah cakap" nada kecil suara hati aku. Kemudian seperti biasa aku telefon penghulu kampung, Jamil ternyata dia mengesahkan berita ini. Dengan pantas aku bangun tidur dan terus bersiap. Hati mula sayu terkenang saat indah bersama arwah namun telah tiba masanya dia kembali kepadaNYA.

Setibanya aku di perkarangan rumah, jelas menunjukkan kesedihan dengan warna-warna putih mereka yang berkopiah dan bertudung. Perlahan masuk ke kediaman rumah dan terbujur kaku, sebujur jenazah yang menghadap kiblat. Aku mengekori Pak Long bersama Dean, Mala dan Kak Mah. Apabila Pak Long membuka kain putih yang menutup jenazah aku lihat buat kali terakhirnya seorang teman, guru dan bapa yang selama ini mendidik aku hingga aku berada sekarang. Aku menangis dalam hati, tak terkata hanya berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatiha buat Allahyarham En. Ibrahim Hashim.


Kami akan merindui dan sentiasa kenang jasamu.
Demi Allah, tak akan aku lupa pengorbananmu.

9.00 pagi - 24 Disember 2009